loading...

Suspek Kes Samun Bersenjatakan Parang Yang Viral Di Media Sosial Telah Ditahan

Suspek Kes Samun Bersenjatakan Parang Yang Viral Di Media Sosial Telah Ditahan.


PUCHONG - Suspek kes rompak dua wanita di hadapan pos pengawal di perumahan di Ara Putra, Ara Damansara pada 5 Oktober lalu, telah ditahan di rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, semalam, lapor Harian Metro.

Mohd Nur Aman Ibrahim, 17, yang diburu kerana terbabit dalam kes rompakan bersenjatakan parang pada kejadian awal pagi itu, ditahan polis dari Ibu Pejabat Daerah Serdang, jam 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, hasil risikan dan maklumat yang diterima, polis menahan suspek di rumahnya di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, Puchong dan diserahkan kepada IPD Petaling jaya untuk siasatan lanjut


Menurut sumber, suspek yang berumur 17 tahun ini menjadi begitu kerana terpengaruh dengan kawan-kawan, terlibat dengan dadah dan beberapa faktor sekeliling sehingga memusnahkan masa depannya. -
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close