loading...

Rogol Anak Tiri Ketika Mabuk, Lelaki Dipenjara 24 Tahun, 20 Sebatan

Seorang bapa tiri yang mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya hampir empat tahun lepas, akan meringkuk di penjara selama 24 tahun dan disebat 20 kali.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Umi Kalthum Abdul Majid mengembalikan semula sabitan hukuman penjara 12 tahun dan 10 kali sebatan yang dijatuhi terhadap lelaki berusia 50 tahun itu oleh Mahkamah Sesyen Kota Bahru bagi setiap kesalahan, yang akan berjalan berturut-turut.

Beliau mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bahru yang menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan bagi setiap pertuduhan yang akan berjalan serentak, bermakna lelaki itu hanya akan menjalani hukuman penjara selama 15 tahun.

Hakim Umi Kalthum membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen.

Dua lagi hakim yang turut bersidang dalam panel itu ialah Harmindar Singh Dhaliwal dan Steven Chung Hian Guan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Faizal Mohamed Fedder memohon mahkamah supaya mengembalikan semula hukuman bersifat pencegahan yang dijatuhi Mahkamah Sesyen, dengan berkata, mangsa kini mengalami trauma.

Keadaan mabuk

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam, merayu supaya mahkamah mengekalkan hukuman penjara 15 tahun.

“Saya insaf dan bertaubat terhadap kesalahan saya. Ketika kejadian, saya berkeadaan mabuk,” katanya.

Dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tiri berusia 19 tahun di sebuah rumah di Bachok, Kelantan, pada Mei dan Jun 2015.

Pada 7 Mac 2017, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang berjalan berturut-turut, mulai tarikh tangkapan pada 3 Oktober 2016.

Pada 7 Disember 2017, Mahkamah Tinggi Kota Bahru menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan ke atas lelaki itu bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan supaya hukuman itu berjalan serentak. - Bernama
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close