loading...

'Saya Tersinggung Dengan Komen Ramli MS' - Elly Umum Undur Diri Dari GV3

Foto - mStar Online

SHAH ALAM - "Saya tak perlukan simpati orang. Fokus saya hanya mencari duit untuk anak dan bapa," demikian kata Elly Mazlein atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, yang menarik diri sebelum diumumkan tersingkir dari Gegar Vaganza 3. 

Elly berkata, keputusan untuk tidak terus berada dalam pertandingan vokal itu dibuat selepas tersinggung dengan komen juri tetap, Datuk Ramli MS. 


"Secara jujurnya saya tersinggung dan kecil hati dengan komennya yang menganggap saya hanya mendapatkan simpati pihak Astro untuk terus berada dalam program ini. 

"Sebelum ini saya terima orang luar bercakap tentang itu ini, tetapi bila Ramli MS sendiri yang bercakap seperti mengiyakan apa yang orang kata sebelum ini. Saya sedih sangat," katanya kepada mStar Online

"Jika layak atau tidak ke minggu depan, saya tetap ingin keluar dan tidak mahu terus berada dalam pertandingan ini lagi. Saya sedih bila perkara itu berlaku ketika bapa saya datang minggu ini semata-mata ingin menyaksikan persembahan saya," katanya. 

Walaupun begitu, Elly menyatakan bahawa dia tidak menyimpan sebarang perasaan marah dan dendam terhadap Ramli MS. Malah dia akur dengan keputusan itu. 

Video Datuk Seri Vida cuba memujuk Elly viral di media sosial, malah meminta Ramli MS memohon maaf terhadap Elly. 

"Saya tak perlu Ramli MS meminta maaf dan saya tahu dia cuma jalankan tugas sebagai juri. Cuma pesan saya, jagalah hati orang," kata Elly dalam video tersebut. - The Reporter


Sumber : GengViral
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close