loading...

Suami Digoda Oleh Kawan Isteri


Amani merupakan seorang guru sekolah rendah di bandar K, Selangor dan berstatus janda anak dua adalah rakan sekolah menengah kepada seorang isteri.

Kisah ini bermula apabila si isteri memperkenalkan dia kepada abang iparnya yang merupakan seorang duda anak dua.

Pada mulanya, Amani menolak abang ipar si isteri disebabkan belum sedia untuk hubungan serius dan masih trauma dengan kisah rumahtangga sebelumnya.

Namun selepas dua bulan, Amani menyatakan bahawa hatinya telah terbuka menerima abang ipar kerana sikap abang yang matang dan budiman.

Abang ipar mewakilkan kedua ibubapa si isteri merisik Amani kerana dia telah yatim piatu, manakala rumah orang tua Amani terletak tidak jauh dari rumah keluarga si isteri.

Suami meminta akaun Facebook dan nombor telefon Amani, si isteri hanya berfikir itu untuk hubungan perkenalan biasa dengan bakal kakak iparnya tanpa mengesyaki apa-apa.

Sejurus sebelum hari merisik, Amani tiba-tiba buat hal dan tidak mahu majlis merisik diteruskan. Namun abang ipar bertegas untuk meneruskan rancangan asal.

Sebentuk cincin dibawa untuk merisik pada hari kejadian, namun Amani tidak dapat dihubungi.

Abang ipar hanya menyampaikan hajat kepada ibu bapa Amani kerana Amani lansung tidak muncul di rumah keluarganya.

Si isteri menjalani kehidupan seperti biasa tanpa sebarang syak wasangka kepada suami namun pada suatu hari dia tanpa sengaja terlihat telefon bimbit suami dan mendapati nombor yang sama berulang kali dalam log panggilan.

Dari situ si isteri mula menyelidik dan hasilnya sangat tidak di sangka.

Rupanya si suami sedang angau bercinta dengan perempuan bernama Amani, iaitu kawan isterinya yang ingin dijodohkan dengan abangnya.

Si isteri berasa sedih, kecewa dan pilu dengan perbuatan suami bersama kawan yang di anggap baik lagi muslimah itu.

Setiap hari si suami akan dibekalkan dengan gambar-gambar menghairahkan separuh bogel, sebelum Amani dia pergi bertugas di sekolah.
Terlihat seperti tiada maruah dan menjijikkan tindakan Amani yang seolah-olah sangat terdesak menggoda suami orang dengan kata-kata manja dan gambar lucahnya.

Lebih teruk dari pelacur, kerana pelacur terang-terangan berlagak pelacur tapi dia pada pandangan umum adalah ibu, guru dan wanita muslimah baik dan bertutup litup.
Kasihan kepada kedua ibu bapa Amani kerana beriya memuji dan memberitahu bahawa anak mereka yang paling bagus, baik dan tidak banyak buat masalah..

Si isteri mengesyaki dan dapat mengagak yang mereka mahu hidup bersama melalui pesanan ringkas mereka yang dibacanya.

Tergamak si suami yang menyatakan rasa kasih dan sayangnya kepada isteri setiap hari merancang berkahwin lain dan sanggup menipu si isteri.

Si isteri merancang mahu mengundur diri sekiranya mereka mahu hidup bersama dan mengambil bukti kecurangan suaminya untuk dia bawa ke mahkamah.

Ketika cerita ini ditulis, abang ipar masih belum tahu tentang kisah adik kandungnya ini dengan tunang tak jadinya. Editor:Farhana




Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close