loading...

Saya Dihentam Teruk Gara-Gara Elly Mazlein – Alyah

Penyanyi Alyah mendedahkan beliau turut dikecam teruk oleh sebilangan penyokong Elly Mazlein gara-gara suaminya, Datuk Ramli MS selaku juri Gegar Vaganza (GV3) yang telah memberikan komen hingga membuatkan Elly berasa kecil hati lantas nekad menarik diri daripada program realiti tersebut.

“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.

“Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Alyah bagaimanapun berkata, setakat ini dia masih boleh bersabar dan menganggap perkara itu hanyalah masalah kecil.

“Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil. Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis” tuturnya
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close