loading...

Di Sangkakan Babi Hutan, Rupa-rupanya Kambing Naik Minyak


NEGERI SEMBILAN- Seorang wanita sempat melarikan diri keluar daripada keretanya untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh seekor kambing jantan di Kampung Gentam, Kuala Pilah.

Kejadian  aneh itu dilaporkan berlaku pada pukul 3 petang. Wanita tersebut yang bernama Mysha,45, baru sahaja pulang daripada tempat kerjanya. Mangsa dikatakan meletakkan keretanya di hadapan rumah.

Mysha yang sedang mengambil barang didalam keretanya di tempat duduk penumpang pada bahagian hadapan,lalu terdengar bunyi haiwan dibelakangnya.

"Sebaik sahaja saya,menoleh ke belakang saya terlihat seekor haiwan berlari ke arah saya. Saya ingatkan babi hutan yang ingin menyondol saya,lalu saya masuk semula ke dalam kereta bagi menyelamatkan diri,Namun sebenarnya haiwan itu adalah seekor kambing.

"Namun kepala kambing itu tersangkut pada stereng kereta saya,".

Sejurus kejadian itu, Mysha cuba untuk mengeluarkan kepala kambing tersebut daripada stereng kereta,namun usaha tersebut tidak berjaya, lalu Mysha menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sebaik sahaja panggilan tersebut dibuat ,sepasukan anggotan daripada APM  bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya mengeluarkan kepala kambing yang tersangkut itu.

Kereta mangsa mengalami sedikit kerosakan kecil akibat daripada tendangan kambing jantan itu. Pihaknya hanya mengambil masa tiga minit sahaja untuk mengeluarkan kepala kambing yang tersekat itu.

Walau bagaimapun, Mysha tidak mengalami sebarang kecederaan akibat daripada peristiwa cemas ini. Editor: Ila Hakimi






Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close