loading...

Nahas Kereta Terbalik, Adik Maut Kakak Cedera


HULU LANGAT: Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita dipercayai hilang kawalan di Kilometer 4, Jalan Sungai Tua, Hulu Yam.

Kejadian nahas ini dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam. Mangsa Nurul Fhadzilah(adik),26, maut semasa menerima rawatan di Hospital Selayang.

Superintendan Lim Bak Phai, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, berkata ,mangsa bersama kakaknya Nurhusna Nasir, 33,tinggal di Kampung Pasir Batang Kali di dalam perjalanan ke arah Selayang menuju ke Hulu Yam.

"Kereta jenis Perodua Alza yang dipandu mangsa terbabas dan terbalik di bahu kanan jalan ketika melalui jalan berselekoh semasa menuruni bukit.

"Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun pemandu kereta meninggal dunia ketika sedang dirawat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenderaan mangsa mengalami kerosakan remuk pada semua bahagian.
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes masih lagi di dalam siasatan lanjut. Editor: Ila

Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close