Panggilan Terakhir Sebelum Maut
Seorang remaja, Mohammad Ridzuan Zambri, 18 maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh kenderaan utiliti (SUV) Mitsubishi ASX dalam kejadian jam 9.45 malam di Jalan Lencongan Timur berhampiran perumahan Bintang Maya di Sungai Petani.
Kata ibu mangsa, Rohani Saad, "selalunya jika balik lewat Ridzuan pasti akan telefon beritahu, tetapi malam tadi dia langsung tak telefon saya."
Kejadian berlaku apabila motosikal jenis Yamaha C135 ditunggangi mangsa dirempuh kenderaan terbabit dari arah belakang hingga mangsa tercampak di atas jalan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian susulan cedera parah di kepala bersama seorang lagi penunggang motosikal warga Vietnam juga turut dilanggar kenderaan itu.
Menurut ibu mangsa, anak lelakinya itu dikatakan keluar dari rumah mereka di Bagan Lalang, Butterworth pada jam 9 pagi untuk ke rumah saudara di Felda Teloi Timor dekat Kuala Ketir, sebelum mangsa pergi ke Balai Trafik Sungai Petani bagi membayar saman.
Katanya lagi, "sepatutnya arwah bekerja semalam tetapi dia mengambil cuti kerana mahu membayar saman. Selepas itu dia pulang semula ke rumah saudara di Felda Teloi Timur."
"Saya tunggu jika Ridzuan telefon tapi arwah senyap sahaja, sebelum suami, Zambri Hashim menerima panggilan telefon dari pegawai polis yang memaklumkan bahawa anak kami meninggal dunia dalam kemalangan, pada jam 10 malam tadi.
"Saya dan suami begitu terkejut lalu bergegas ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Arwah menjadi harapan kami untuk membantu keluarga," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSAH. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
0 comments:
Post a Comment