"Kalau tidak minum, baik jujur saja. Saya okay dan tak marah pun," kata usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, 46 kepada semua peserta program Gegar Vaganza 4 (GV4).
Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Vida memaklumkan bahawa apa yang dikatakan itu bukanlah berniat untuk menyindir penyanyi Elyana seperti didakwa banyak pihak.
Jelasnya, "apa yang saya katakan pada konsert baru-baru ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Mungkin orang salah faham apatah lagi sebelum ini timbul cerita membabitkan Elyana dengan produk saya."
"Saya hanya mahu mereka cakap jujur sahaja iaitu minum atau tak. Kalau semua positif, nanti orang kata saya rancang dengan menyuruh orang kata minum.
"Namun dalam perkara ini, saya okay saja. Kalau tak minum, cakap je. Lagi pula ada ramai lagi yang minum produk ini. Saya tak nak disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga," katanya lagi.
Terdahulu, Elyana mendedahkan tidak menggunakan produk kesihatan keluaran Datuk Seri Vida melalui siaran langsung Instagram miliknya pada dua minggu lalu.
Jelas Elyana, pengakuannya mengamalkan produk itu hanyalah untuk menjaga hati Vida selaku penaja.
Namun difahamkan dalam pada masa yang sama, Datuk Seri Vida menafikan dakwaan cuba mengambil kesempatan atas masalah kesihatan yang menimpa Elyana.
"Saya tak pernah suruh dia cakap pasal produk saya. Dalam erti kata lain seolah-olah saya mempergunakannya. Saya jenis yang cakap banyak kepada semua orang pasal produk saya. Tak kisah siapa pun, sampai orang 'annoying'.
"Tetapi apabila Elyana jujur dan mengaku tidak mengamalkan produk saya, saya tak balas atau komen apa-apa. Sebab kalau saya bercakap nanti orang ingat saya nak hentam dia. Saya faham situasi yang dilaluinya," jelasnya. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
"Tetapi apabila Elyana jujur dan mengaku tidak mengamalkan produk saya, saya tak balas atau komen apa-apa. Sebab kalau saya bercakap nanti orang ingat saya nak hentam dia. Saya faham situasi yang dilaluinya," jelasnya. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
0 comments:
Post a Comment