loading...

Niat Mahu Larikan 3 ekor kambing guna Honda Jazz Terbantut Apabila Ditahan


BALING -  Dua orang lelaki dipercayai telah mencuri sebanyak tiga ekor kambing namun niatnya terhalang apabila terserempak dengan anggota peronda polis di Jalan Carok Nau.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, anggota polis yang membuat rondaan di kawasan itu terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Honda Jazz yang dalam keadaan yang mencurigakan di bahu jalan, kata Timbalan Ketua Polis Baling, Deputi Superintendan Mohd. Yusuf Shaari.

"Semasa cuba untuk mendekati kereta itu didapati dua lelaki sedang memasukkan kambing ke dalam kenderaan dipercayai untuk mencuri.

Kata Yusof, "Oleh kerana tindakan pantas anggota yang keluar dari kereta peronda, dua lelaki berkenaan berjaya ditangkap."

Hasil daripada siasatan awal mendapati bahawa kenderaan itu dimuatkan dengan tiga ekor kambing yang masih hidup di bahagian belakang penumpang kenderaan dipercayai kambing yang telah dicuri, menurutnya.

Sementara itu, pihak polis turut menemukan sebanyak lima jarum sumpitan, satu beg galas, satu botol bekas ubat pelali dan sebatang paip PVC yang digunakan sebagai penyumpit di dalam kereta itu.

Dua lelaki yang ditahan berusia 33 dan 48 tahun dan hasil semakan mereka juga mempunyai rekod manakala semakan ke atas kenderaan yang digunakan tidak mempunyai rekod hilang.

Katanya, "selain itu, siasatan juga masih dijalankan dan kedua-dua suspek mendapat perintah reman daripada mahkamah Seksyen Baling selama empat hari."

"Siasatan masih dijalankan suspek mendapat perintah reman daripada mahkamah Sesyen Baling selama empat hari," katanya.

Manakala kes pula disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha


Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close