Atletico Madrid, Mencela Barcelona
MADRID - Atletico Madrid dikatakan kurang senang dengan taktik kotor Barcelona untuk mendapatkan bintangnya, Antoine Griezmann dan mereka lebih rela melepaskan pemain Perancis itu kepada Manchester United.
Difahamkan, pasukan tersebut telah memfailkan aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu bertemu dengan wakil Griezman mengenai perpindahan ke Nou Camp.
FIFA turut mengesahkan bahawa mereka sudah menerima aduan daripada Atletico berhubung tindakan Barca cuba mendekati Griezmann dengan menggunakan taktik yang kotor.
Pemain baharu gergasi Sepanyol adalah penyerang Barca, Luis Suarez yang dikatakan membuat kenyataan secara terbuka mengenai Griezman minggu ini yang telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Atletico.
Dalam kontraknya, Griezmann mempunyai klausa pelepasan bernilai 88 juta pound (RM481 juta) tetapi Barca berharap dalam memuktamadkan perpindahan pemain itu dengan bidaan lebih murah.
Bagaimanapun, Atletico kecewa dengan tindakan barca dan berhasrat menjual Griezman kepada United yang turut berminat terhadap pemain itu pada musim panas lalu, lapor The Mirror.
United dikatakan masih berminat untuk mendapatkan Griezmann dan dia akan menggunakan Paul Pogba bagi menyakinkan pemain itu untuk berhijrah ke Old Trafford pada bulan depan. Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha
0 comments:
Post a Comment