Satu kisah menarik perhatian netizen mengenai seorang guru yang menangis apabila melihat kegigihan seorang pelajar dalam menuntuk ilmu.
Dalam satu posting oleh sarawakiana, menceritakan kehidupan budak tersebut yang terpaksa memamkai baju yang koyak dan lusuh demi menuntuk ilmu di sekolah.
“Hanya sebuah beg yang mengandungi beberapa helai baju lusuh termasuk baju dan seluar sekolah yang carik. Ya Allah…hebatnya anak ini. Kalau anak anak orang pertengahan sudah tentu tidak mahu datang ke sekolah jika tidak ada baju baru dan kasut baru..tapi anak miskin ini sanggup berbaju lusuh demi ilmu,” tulisnya.
Budak lelaki tersebut yang dikenali sebagai peter bukan sahaja terpaksa memakai baju yang koyak dan lusuh, namun terpaksa memakai kasut adiknya.
“Ni semua baju kamu? Ukai cikgu.. bisi baju adik aku…dia menunjukkan baju adiknya Petrus. Hanya 2 helai sahaja baju dia..selebihnya baju adiknya, katanya.
Namun yang lebih mengharukan, beliau melakukan hal sedemikian dem memberi keselesaan kepada adiknya yang memakai kasut miliknya.
“Yang lebih mengharukan tahun ini dia memakai kasut adiknya..dan adiknya dipakaikan dengan kasutnya. Peter rela pakai kasut sempit asalkan adiknya selesa. Itulah pengorbanan seorang abang,: ujarnya.
Ekoran daripada insiden tersebut, guru tersebut telah memberikan sepasang pakaian, kasut serta stokin yang baharu kepada pelajar terbabit.-SuaraTV
0 comments:
Post a Comment