KUALA LUMPUR, 29 Dis Keluarga kepada penyanyi lagenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim, berharap agar stesen radio dan badan penyiaran tempatan tidak menyiarkan lagulagu dendangan Allahyarham dalam satu tempoh selepas pemergian arwah.Anak Allahyarham, Shamsul berkata ini sebagai memenuhi amanat yang pernah ditinggalkan oleh seniman itu semasa hayatnya agar lagulagu
yang dinyanyikan olehnya tidak disiarkan sekurangkurangnya 30 hari atau sebaikbaiknya 44 hari selepas beliau meninggal.
"Oleh itu kami berharap media tidak memainkan lagu Allahyarham sekurangkurangnya dalam tempoh tujuh hingga 10 hari ini. "(Namun) terpulang kepada budi bicara media untuk menyusun apa yang terbaik untuk arwah dan orang awam secara umum," katanya sebagaimana lapor Bernama.
0 comments:
Post a Comment