loading...

Wanita Ditemui Mati Di Tepi Tangga Sebuah Bangunan

Klang – Wanita warga asing, 30-an, ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di lehernya di tepi tangga sebuah bangunan berdekatan Tabung Haji di Jalan Kapar di sini, 6.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam memaklumkan mengenai penemuan mangsa.

“Pemeriksaan mendapati wanita yang terlentang di tangga bawah rumah kedai empat tingkat itu cedera di leher kiri akibat dikelar selain kesan koyak pada pipi dan hidungnya.

“Identiti mangsa belum dikenalpasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian kecuali barangan peribadi seperti cincin, telefon bimbit dan sejumlah wang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. – Harian Metro
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close