loading...

Video: Bayi Saya Mangsa Dendam Rakan Sekerja.



Kuala Lumpur: Bayi perempuan melecur akibat terkena minyak panas di gerai makan di Bukit Ampang di sini.

Nur Arissa Jannah, 15 bulan, terkena tumpahan minyak panas dari kuali yang ditendang seorang daripada dua lelaki dalam kejadian kira-kira 11 malam 14 November lalu.

Kejadian berlaku di gerai tempat bapanya, Mohd Salim Nurali, 20, bekerja.

Menurut Mohd Salim, seorang rakan sekerjanya tertumpah minyak panas ketika memasak lalu terkena pada kaki seorang lagi pekerja lelaki di gerai berkenaan.

Katanya, lelaki yang terkena minyak panas itu kemudian beredar dari gerai berkenaan dan membawa dua lagi rakan untuk menyerangnya.

"Tiba-tiba datang dua lelaki yang tidak dikenali menyerang dan menumbuk saya. Seorang daripada mereka menendang kuali mengandungi minyak panas yang terkena pada saya, isteri dan anak.

"Akibat serangan itu, saya melecur di kaki kiri dan isteri melecur di tangan, selain anak yang melecur teruk di muka, bahu dan tangan," katanya ketika ditemui di Insitut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 15 November.

"Kami memburu dua lelaki yang terbabit dalam kejadian itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja," katanya.-Harian Metro
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close