loading...

Penduduk Hidap Penyakit Ganjil Menyebabkan Kota Tersebut Seperti Tidak Berpenghuni.

Sebahagian besar penduduk di sana menderita sakit Xeroderma Pigmentosum (XP).
Salah satu pasangan di desa tersebut
Desa Araras di negara bahagian Sao Paulo, Brazil umpama sebuah kota hantu yang tidak berpenghuni.

Ini kerana hampir sebahagian besar penduduknya lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah sehinggakan suasana desa menjadi lengggang pada waktu siang.

Sebahagian besar penduduk di sana menderita sakit Xeroderma Pigmentosum (XP). Keadaan itu membuatkan kulit mereka tidak dapat pulih dari kerosakkan yang di sebabkan oleh sinar ultraviolet.

Merujuk kepada apa yang di petik dari Daily Mail, daripada 800 orang penduduk desa itu 600 orang dikenal pasti mengalami XP. Sebanyak 20 orang telah menunjukkan gejala kulit merekah dan terdedah menghidap kanser kulit agresif.

Salah seorang penduduk desa yang menghidap XP ialah Djalma Jardin. Wajahnya menjadi rosak dan satu kelopak matanya tidak boleh ditutup akibat daripada mengalami kelainan gen ini.

Bukan sahaja itu malah ketika tidur juga Jardin terpaksa menggunakan plaster bagi melindungi matanya membuatkan dia lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah.

"Jika saya keluar dari rumah, saya merasakan sinar matahari tersebut seperti membakar saya. Apabila saya pergi tidur dan bangun semula pada keesokkan hari terdapat bintik-bintik kecil di kulit saya. Dalam beberapa hari berikutnya bintik tersebut menjadi semakin membesar dengan cepat seperti yang terdapat di mata saya, tidak pernah berhenti membesar. Penyakit ini sangat mengerikan, katanya."

Keadaan Jardin terus menjadi semakin teruk sehingga membuatkan kehidupannya menjadi sulit. Keluarganya juga pernah kehilangan anggota badan akibat daripada penyakit ini. Saudara lelaki serta perempuannya, Claudia juga terbukti menghidap penyakit tersebut.

Penduduk lain iaitu seorang penternak lembu tenusu, Deide juga mengalami hal serupa. Dia kehilangan wajahnya kerana menghidap penyakit yang tak ada ubatnya itu.

"Saya pernah melakukan pembedahan bagi mengangkat langit-langit dan tulang rahang kanan. Tanpa prosthesis, saya tak mungkin akan mampu berbicara," katanya.

Pemilik kepada sebuah kedai, Gleice Machado berasa amat ingin mengetahui apa sebenarnya yang menyebabkan epidemik itu. Keinginan tersebut timbul apabila melihat banyak penduduk desa datang ke tempatnya.

"Saya tak tahu penyakit apa itu dan mengapa wajah mereka menjadi rosak. Beberapa orang percaya bahawa itu adalah penyakit yang disebarkan secara seksual. Manakala ada juga penduduk lain yang percaya bahawa ini merupakan hukuman dari tuhan kepada mereka, katanya."

Ahli biologi genetik Dr Carlos Menck mengatakan telah mengunjungi desa itu dan mencuba mengidentifikas mutasi genetik yang melanda pesakit tersebut.

"Sehinggakan pada suatu masa dulu, orang ramai percaya ini merupakan penyakit yang berjangkit. Tapi ini sebenarnya merupakan penyakit turun temurun,"katanya.

Setelah melakukan ujian pada seluruh penduduk desa, Dr Menck dan kumpulannya telah menemui 600 orang daripada 800 orang penduduk desa membawa gen resesif XP.

Hal ini mampu dikesan beberapa generasi sehingga ke keluarga tiga penduduk asal Portugis. 

Ahli dermatologist Sulamita Chaibub mengatakan bahawa terdapat kepekatan gen yang cacat di antara penduduk desa.

Keadaan ini muncul kerana kecenderungan penduduk desa yang berkahwin antara mereka satu sama lain.

Belum ada ubat untuk penyakit bawaan seperti XP. Namun begitu para doktor sudah memberitahu kepada penduduk desa agar tidak banyak melakukan aktiviti di luar rumah.

Harapannya dengan cara begitu dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa. 
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close