Video Kanak-Kanak Jatuh Terhempas Dari Tingkat Satu Di Mydin.
PULAU PINANG - Seorang kanak-kanak terjatuh dari ketinggian satu tingkat dipercayai selepas bapanya cuai membawa anaknya, tersebar di media sosial.
Dalam kejadian di Mydin Kompleks Bukit Jambul itu, mangsa sebelum itu dilihat didukung di atas bahu sebelum menaiki eskalator.
Namun tidak beberapa lama kemudian, kelihatan sekujur tubuh jatuh terhempas ke bawah berhampiran eskalator menuju ke bawah.
Mangsa kemudian diambil oleh seorang lelaki berbaju oren. Difahamkan, mangsa masih bernyawa dan kini berada di wad ICU, Hospital Pulau Pinang.
"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit," katanya.
Kejadian berlaku 6.30 petang ketika mangsa, 3, didukung bapanya di atas bahu sambil menaiki eskalator terbabit.
Mengikut siasatan awal, bapa kanak-kanak terbabit dikatakan menundukkan kepala menyebakan anaknya yang berada di atas bahu terjatuh dari ketinggian hampir tiga meter.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang.

0 comments:
Post a Comment