loading...

Video Aksi Terlampau Pasangan Kekasih Jadi Viral.

Aksi sepasang kekasih kemaruk seks melakukan persetubuhan berlatarbelakangkan panorama indah sebuah taman di bandar Huizhou, China menggemparkan penduduk negara itu.

Menurut seorang wartawan Guangdong News yang tinggal di bandar berkenaan, dia mula menyedari mengenai video aksi asmara itu menerusi laman Wechat dan memutuskan untuk menyiasat kejadian terbabit.

Tambahnya, meskipun ada percanggahan berkaitan lokasi pasangan yang tidak diketahui identiti itu bersenggama, namun rata-rata penduduk Huizhou percaya kejadian berlaku di Taman Chaojingmen yang terletak di dalam bandar berkenaan.

Setelah itu, wartawan berkenaan pergi melawat lokasi kejadian seperti yang didakwa penduduk tempatan dan mendapati tempat itu biasa-biasa sahaja namun ia agak terpencil dari laluan orang ramai.

Jelasnya lagi, video amatur itu dipercayai dirakam dari tingkap sebuah bilik hotel yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian.

Insiden tidak bermoral pasangan kekasih itu bukan sahaja mendapat perhatian umum penduduk bandar tersebut malah pihak polis juga.

Menurut salah seorang anggota polis Huizhou, pihaknya sedang siasat kejadian itu dan jika pasangan terbabit berjaya ditangkap, mereka akan berhadapan hukuman ditahan selama 5 hingga 10 hari kerana berkelakuan sumbang di khalayak ramai.
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close