loading...

Polis Kongsi Bagaimana Mangsa Kerat 10 Dibunuh Dengan Kejam



Polis telah mengenal pasti identiti Mangsa pembunuhan kejam, yang badannya dikerat kepada beberapa bahagian di Kampung Kesang Laut di sini Ahad lepas, merupakan seorang lelaki berusia 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt. Mohad Idris Samsuri berkata mangsa adalah Omar Miskam, yang berasal dari Panchor, Muar, sudah beristeri dan bekerja sebagai pemandu jengkaut di sekitar Kesang Laut.

“Mangsa yang sudah beristeri, bekerja sebagai seorang pemandu jengkaut di sekitar daerah ini dan mangsa dipercayai telah ditetak terlebih dahulu di kepala menggunakan parang sebelum mayatnya dikerat.

“Bedah siasat juga mendapati mangsa dikerat lebih sepuluh bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen dan beberapa anggota badan lain,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Beliau berkata polis turut menahan dua lagi suspek iaitu seorang wanita berusia 56 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, dengan mereka direman selama seminggu sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan.

Ahad lepas, polis menemukan lima bungkusan plastik hitam berisi keratan anggota badan manusia yang disorok dalam longkang di Kampung Kesang Laut, dengan bahagian kepalanya ditemui tidak jauh daripada lokasi itu.

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan polis kira-kira sejam selepas penemuan itu.

Pada Isnin, Mahkamah Majistret Tangkak mengarahkan remaja itu, yang juga orang kurang upaya yang mengalami masalah ketidakupayaan pembelajaran, ditahan reman sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan.-Eberita.org
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close