loading...

Hati Saya Tersentuh Dan Mahu Menyelamatkan Haiwan Berkenaan

Kuala Lumpur: Hatinya tersentuh tatkala melihat seekor anjing menggonggong anak yang baru dilahirkan keluar dari longkang, lantas segera menyelamatkan haiwan berkenaan di Pandan Indah, di sini, kelmarin.

Betapa mulianya hati Kamarul Arif Ab Razak, 35, yang berusaha sehabis mungkin menyelamatkan haiwan berkenaan dengan mencuba sendiri, menghubungi pihak berkaitan dan menghebahkannya di laman sosial Facebook (FB) supaya ada yang dapat menjaga anjing itu.

Menurut Kamarul Arif, kejadian berlaku pada 5 petang dan ketika itu dia yang bekerja di kedai menjual kereta mahu menutup pagar sebelum melihat anjing itu menggonggong anak keluar dari longkang

“Air longkang ketika itu deras kerana hujan lebat.

"Hati saya tersentuh dan mahu menyelamatkan haiwan berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia cuba mengambil tiga lagi anak anjing berkenaan untuk dibawa keluar dari longkang tetapi ibunya mahu menggigit dan menyerangnya.

“Anjing itu berang dan menyalak ke arah saya. Saya terus menghubungi Persatuan Perlindungan dan Penyelamat Haiwan untuk bantuan,” katanya.

Menurutnya, selepas anjing itu yang lima ekor semuanya diselamatkan dan dibersihkan, ia ditempatkan di kawasan teduh di tempat kerjanya.

“Saya masukkan gambar dan video anjing itu ke dalam FB bagi sesiapa berminat. Tidak sangka ia viral dan sudah beberapa orang menghubungi saya untuk memelihara haiwan itu,” katanya yang memaklumkan sudah ada pihak mengambil anjing berkenaan petang tadi.

Tindakan Kamarul Arif itu mendapat pujian netizen yang berterima kasih kepadanya.-Harian Metro
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close