loading...

Anggota Trafik Terpelanting Dirempuh Mat Rempit Dalam Satu Sekatan Jalanraya


KAJANG: Gara-gara dilanggar oleh seorang mat rempit, seorang anggota polis trafik daripada balai Kajang telah terpelanting semasa mengadakan sekatan jalanraya di sini.

Memetik laporan Harian Metro, anggota berkenaan, Mohd Hizzuad Johari, 29, cedera di belakang kepala dan luka di badan akibat rempuhan di jalan Batu 10 pada jam 11.45 pagi semalam.

Semasa sekatan jalanraya tersebut suspek telah melalui kawasan pemeriksaan itu tetapi dia tidak memberhentikan kenderaan sebaliknya terus memecut untuk melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, anggoa tersebut tidak sempat mengelak lalu terkena rempuhan itu menyebabkan suspek turut terjatuh dan cedera.

“Mangsa yang tertiarap di jalan raya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.

Berikutkan kes itu, seorang lelaki berusia 25 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut dan hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai rekod bersabit kesalahan cubaan samun sebelum ini.
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close