loading...

Padah Mengecas Telefon Bimbit Akhirnya Bertemu Ajal




JASIN- Seorang pemuda maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik semasa mengecas telefon bimbit di rumah rakannya yang terletak di Kampung Bau Nyalas semalam.

Mangsa dikenali dengan nama Rosli Othman,35 adalah seorang pekerja buruh. Mangsa ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan tidak sedar kan diri oleh rakan nya di sebuah bilik rumah berkenaan pada pukul 11.30 malam.

Deputi Superintendan Arshad Abu, Ketua Polis Daerah Jasin,berkata, sebuah telefon bimbit dan wayar pengecas telefon telah ditemui bersebelahan dengan mangsa.

"Siasatan pihak polis dengan kerjasama dari pasukan forensik ,Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka tiba di lokasi kejadian telah mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

"Pemeriksaan awal pada anggota tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang kecederaan lain.Hanya terdapat sebuah telefon bimbit yang sedang dicas dan wayar di sebelah mayat. Kematian mangsa berpunca akibat renjatan elektrik,"katanya dalam satu kenyataan.

Kini mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jasin dan keputusan bedah siasat mendapati lelaki ini meninggal dunia akibat degupan jantung yang tidak stabil. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, Editor: Ila
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close