Semua yang terjadi dalam kehidupan ini kadang terjadi secara tidak sengaja atau kebetulan, bahkan ada juga yang percaya akan perkara tersebut. Dan itu lah yang terjadi kepada seorang gadis yang dikenali sebagai Verono Koliqi yang berasal dari Kosovo tetapi tinggal di United Kingdom.
Wanita itu dikatakan sedang membelek gambar-gambar lama keluarganya sambil ditemani oleh tunangnya, Mirand Buzaku. Namun tiba-tiba Buzaku menyedari sesuatu yang aneh pada sekeping gambar di mana Koliqi dan keluarganya pergi ke sebuah pantai di Montenegro pada sedekad yang lalu.
Namun setelah meneliti gambar tersebut yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak sedang mengambil gambar sambil tersenyum di pantai, rupa-rupanya seorang budak lelaki memakai baju T-putih dan berseluar pendek di atas pelampung kuning di belakang kumpulan kanak-kanak berkenaan adalah Buzaku.
Koliqi memberitahu bahawa dia dan tunangnya tidak menyangka bahawa budak lelaki di atas pelampung itu adalah Buzaku, yang pada ketika itu kebetulan pergi ke pantai yang sama pada masa yang sama, katanya kepada Yahoo Lifestyle.
"Tunang saya berkata. 'Eh, saya rasa itu (gambar) saya!. kami berdua saling memandang dan berkata, 'tak mungkin, tak mungkin ia betul," katanya.

Jelasnya lagi, "saya tidak pernah tahu sesuatu seperti ini boleh berlaku, walaupun saya pernah dengar kata-kata 'anda akan bertembung pasangan anda sekurang-kurangnya sekali sebelum anda akan benar-benar bertemu."
Walaupun takdir tidak menentukan pasangan itu untuk berkenalan di pantai itu ketika mereka masih kanak-kanak, tetapi mereka bertembung semula di Kosovo beberapa tahun kemudian dan pada masa itu Koliqi tinggal di London.

Difahamkan, mereka bertunang di turki setahun kemudian.
Pada mulanya Koliqi berkongsi gambar kanak-kanaknya yang penuh bermakna itu di Instagram pada awal bulan ini dan ia telah mendapat puluhan ribu tanda 'suka dan beratus-ratus komen.
Ramai juga yang berpandangan bahawa gambar ini membuktikan pasangan itu ditakdirkan untuk bersama, namun ada juga sesetengah yang berkongsi kisah 'kebetulan' yang berlaku kepada mereka. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha
0 comments:
Post a Comment