loading...

Video: Penyanyi Dipenjara Kerana Klip Video Lagu Lucah.


MESIR - Seorang penyanyi wanita dihukum penjara selama dua tahun oleh sebuah Mahkamah di Kaherah kerana melakukan perbuatan lucah di dalam satu klip videonya.

Shyma atau nama sebenarnya Shaimaa Ahmed, seorang penyanyi yang kurang dikenali dilihat hanya memakai pakaian dalam dan memakan pisang dengan cara lucah dalam klip video berkenaan.

Difahamkan, klip video tersebut yang bertajuk 'I Have Issues' telah mencetuskan kontroversi di laman media sosial di Mesir.

Penyanyi yang juga berusia 25 tahun itu turut didenda sebanyak 10,000 pound Mesir (RM2,282) boleh merayu keputusan itu di Mahkamah lebih tinggi.

Dalam pada itu, pengarah video berkenaan yang tidak hadir ke mahkamah juga didenda dan dihukum penjara selama dua tahun.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan lucah tersebut dan menghasilkan video yang boleh menjejaskan moral orang awam.

Shyma telah ditahan pada 18 November lalu sebelum dirujuk kepada pendakwa raya untuk siasatan lanjut.

Dia juga mengaku tidak bersalah dan mendakwa pengarah tersebut memasukkan adegan kontroversi itu tanpa mendapat kebenarannya. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha

Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close