kredit gambar : Harian Metro |
Kota Bharu – Seorang lelaki menyerah diri di Ibu pejabat polis daerah Kota Bharu untuk mengelakkan drama “culik” berlarutan.
Lelaki berkenaan yang berkerja sebagai juruteknik di agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) telah didakwa di mahkamah majistret Kota Bharu hari ini dengan pertuduhan menipu isteri tentang kes penculikan terhadap dirinya.
Kesalahan ini didakwa dilakukan di Jalan Cepor, Binjai, Kota Bharu jam 2.40 pagi pada 16 oktober 2017 dan pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 417 kanun Keseksaan yang boleh disabitkan kesalahan penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin telah mengendalikan pendakwaan terhadap tertuduh manakala tertuduh telah diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Tertuduh memohon ikat jamin yang rendah dengan berjanji akan memberikan kerjasama yang baik semasa dalam proses siasatan polis. Ikat jamin sebanyak rm3000 telah dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dan sebutan kes semula ditetapkan pada 6 januari 2018.
Masalah rumah tangga yang dihadapi oleh tertuduh dan isteri tetapi tertuduh tidak sampai hati ingin menceraikan isterinya. Ekoran permasalahan ini telah menyebabkan tertuduh merancang satu penipuan penculikan dimana tertuduh telah diculik oleh 4 orang lelaki pada 16 Oktober yang lalu.
Kesan dari penipuan kes culik dari tertuduh, isterinya menjadi trauma dan bertindak membuat laporan polis. Sumber : harian metro Editor : Nsuhaili

0 comments:
Post a Comment