loading...

Suami Jerut Leher Isteri Pertama Sebab Cemburu


KUALA NERUS - Seorang bekas tentera dikatakan naik hantu apabila melihat gambar si isteri dengan lelaki lain dengan bertindak menjerut leher mangsa menggunakan paip getah dalam kejadian di Seberang Takir, Kuala Nerus.

Namun tidak cukup dengan itu, lelaki berusia 56 tahun itu turut mengugt akan membakar rumah mereka sekiranya dia melihat mangsa yang berusia 54 tahun itu bersama lelaki lain.

Difahamkan, suspek mempunyai tiga orang isteri dan mangsa adalah isteri yang pertama selain dikatakan sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah wanita tersebut pada sebelum ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika mangsa berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran dengan suspek, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana cemburu selepas dia menerima gambar mangsa bersebelahan dengan lelaki lain di majlis kenduri kahwin, kata beliau.

"Mangsa juga memaklumkan gambar yang diterima suaminya itu sudah diubah suai pihak lain sedangkan gambar sebenarnya adalah gambar mangsa bersama beberapa kawan persekolahan terdiri daripada lelaki dan wanita.

"Mangsa dikatakan cuba untuk menjelaskan perkara sebenar tetapi suspek gagal mengawal perasaan marahnya cuba untuk melibas isterinya menggunakan paip getah namun sempat dihalang oleh anak perempuan pasangan itu.

Katanya, "suspek turut bertindak menjerut leher mangsa menggunakan getah yang sama beberapa saat sebelum anaknya bertindak membuka jerutan dan tindakan suspek menyebabkan mangsa sakit di leher."

Kemarahan suspek tidak berakhir di situ apabila mengugut akan membakar rumah dan mencederakan mangsa sekiranya melihat wanita terbabit bersama lelaki lain, kata Idris.

Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak dan suspek ditahan kira-kira jam 4 petang semalam di Seberang Takir, Kuala Nerus untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Seskyen Majistret, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut. Mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Sumber: My Metro. Editor: Atila Atasha.


Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close