SARAWAK - Seorang guru wanita ditemui mati lemas setelah kereta yang dinaiki bersama suaminya dihanyutkan arus ke Sungai Limbang yang juga menjadi mangsa pertama banjir di Sarawak.
Mangsa yang dikenali sebagai Norsiah dijumpai mati lemas dalam kereta yang terdampar di tebing Sungai Limbang oleh orang awam pada jam 8.27 pagi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem.
Terdahulu, pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan bahawa terdapat sebuah kereta jenis Proton Saga telah dihanyutkan arus semasa meredah jalan raya yang dinaiki banjir, katanya.
"Semasa dalam kejadian, seorang mangsa lelaki berjaya keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri namun isterinya dilaporkan gagal berbuat demikian.
"Pasukan bomba segera nejalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sekitar tiga kilometer dari mangsa dilaporkan hanyut sebaik menerima laporan tersebut.
"Manakala mayat mangsa berjaya ditemukan oleh orang awam yang turut membantu dalam operasi itu pada jam 8.27 pagi," katanya.
0 comments:
Post a Comment