loading...

Pengasas Skim Pelaburan Hadapi 26 Tuduhan!!! Mecca Fund Global/Hotel Al Safwa Royal Orchid Mekkah


KUANTAN- Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 44, dari Kampung Sungai Soi, dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuantan hari ini  menghadapai 26 pertuduhan yang melibatkan transaksi berjumlah lebih RM1 juta.
Pengasas skim pelaburan Islam itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Tertuduh telah diwakili peguam S M Karunathan dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya,  Idamasliza Maarof.  dan 

Antara tahun 2015 hingga 2016, tertuduh didakwa menggunakan wang berjumlah rm689,280 bagi membeli dua unit lot kedai di Kuala Kuantan dan dipercayai melakukan wang pengubahan haram sebanyak rm100,968.04 dimilikinya didalam akaun semasa.

Permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya,  Idamasliza Maarof untuk memindahkan kes ke Mahkamah Seksyen Jenayah di Kuala Lumpur memandangkan tertuduh turut didakwa di mahkamah berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Permohonan ikat jamin RM10,000 dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya,  Idamasliza Maarof
dan sebutan semula kes pada 11 Januari tahun depan.

Hakim Siti Aminah bersetuju memindahkan kes berkenaan dan membenarkan permohonan ikat jamin.

Setiap kesalahan didakwa dilakukan antara 27 November 2015 hingga 30 Jun 2016 melalui pelbagai akaun bank manakala pada Januari dan Februari lalu, Sheikh Saidey Nor turut didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram di beberapa mahkamah di Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur. Sumber Berita Harian  Editor : Nsuhaili

Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close