loading...

Macau Scam Digempur Bukit Aman


KUALA LUMPUR - Pihak polis dari Unit Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, berjaya menumpaskan satu sindiket Macau Scam dan judi dalam talian menerusi serbuan besar-besaran dengan kerjasama Polis China, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 3 petang pada 12 Disember lalu, serbuan serentak yang membabitkan lokasi yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang serta dua lagi wilayah China, iaitu di Guandong dan Yunan.

Datuk Amar Singh Ishar Singh selaku Pengarah JSJK Bukit Aman berkata, seramai 146 warga China yang berusia 20 hingga 45 tahun ditahan, termasuk 71 yang beroperasi dari negara ini dalam serbuan berkenaan.

"Difahamkan, serbuan dibuat berdasarkan dari maklumat salah seorang mangsa di China, dan Polis China bekerjasama dengan kami bagi memberkas rangkaian sindiket berkenaan yang dikatakan beroperasi dari negara ini.

Katanya pada sidang media , "mereka dipercayai membuat sindiket dengan menipu menyamar sebagai pegawai polis, wakil mahkamah dan juga pihak bank. Difahamkan, mereka telah beroperasi sejak enam bulan lalu dan kerugian keseluruhan mencecah RM13 juta."

Jelas beliau lagi, suspek menghubungi mangsa secara rawak dengan menggunakan sistem Voice Over Internet Protocol (VOIP) dan mendakwa akaun bank atau kad kredit mangsa digunakan untuk tujuan jenayah.

"Mangsa bimbang jika dikenakan tindakan, jadi dia telah mengikut segala arahan dengan memindahkan wang mereka ke akaun bank yang diberikan oleh suspek," katanya.

Kata beliau, semua suspek dikatakan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen dan diserahkan kepada Polis China untuk tindakan lanjut.

Menurut perkembangan lain, beliau juga berkata, JSJK berjaya mengesan dan menumpaskan satu kegiatan judi dalam tlaian yang mencari pelanggan melalui media sosial.

JSJK berjaya memberkas tiga lelaki dan tiga wanita tempatan yang dipercayai dalang kegiatan berkenaan dalam serbuan di Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama.

Mereka dikatakan memperoleh pendapatan minimum sebanyak RM300,000 sebulan selepas menjalankan operasi itu sejak dua tahun lalu. Sumber: Berita Harian. Editor: Atla Atasha.

Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close