PELABUHAN KLANG - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang lelaki bertopeng yang bersentajakan pisau di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, awal pagi semalam.
Mangsa kemudiannya telah mengejutkan ibunya di bilik berasingan dalam keadaan menangis ketakutan, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner, Shamsul Amar Ramli.
"Mangsa mendakwa bahawa dia telah dirogol seorang lelaki kepada ibunya.
Katanya dalam satu kenyataan, "ibu mangsa kemudian membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan baru pada kemaluannya."
Pihak polis telah menyerbu sebuah rumah di kawasan berhampiran mangsa sebaik menerima laporan daripada mangsa dan berjaya menangkap seorang lelaki yang berusia 22 tahun pada jam 12.10 tengah malam tadi, kata beliau.
"Hasil siasatan mendapati bahawa suspek telah memasuki kediaman mangsa melalui pintu utama kerana tombol pintu sudah rosak manakala pagar tidak berkunci.
"Dimaklumkan juga bahawa suspek mengenali mangsa dan semakan rekod lampau mendapati suspek terbabit dengan empat kes dadah sebelum ini.
Ujian air kencing suspek juga positif Methaphetamine dan kes dsiasat di bawah Seksyen 376 dan 506 Kanun Keseksaan, katanya. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
0 comments:
Post a Comment