Satu akaun facebook yang menggunakan nama profil "Nur Sue" telah memuatnaik satu status meminta pertolongan untuk meringankan masalahnya yang sering diganggu oleh bekas suami sehingga diugut untuk dicederakan dan disimbah asid.
Pemilik akaun Fb "Nur Sue" meminta bantuan warga Puchong untuk membantunya dan berkemungkinan kediamannya berada di sekitar Puchong juga.
Selepas memuat naik status berkenaan, pemilik akaun facebook ini juga telah memuatnaik 2 video yang berdurasi selama 5.44 minit dan 0.23saat yang telah di tonton dan dikongsi oleh beribu pengguna facebook.
Berdasarkan video yang telah dimuatnaik itu, seorang lelaki yang dipercayai bekas suami wanita tersebut telah menyerang kediaman keluarga wanita berkenaan untuk mengambil anak wanita tetapi berlaku bergelutan apabila bekas suami wanita itu mula menyerang wanita itu dengan menarik rambutnya.
Seorang lelaki berbaju merah yang berada di dalam rumah cuba menyelesaikan dengan cara baik dan lelaki itu bertegas tidak akan menyerahkan anak lelaki dan wanita kerana lelaki itu dalam keadaan mabuk.
Beberapa minit kemudian, kelihatan anggota polis cuba mententeramkan keadaan dan lelaki berkenaan meminta berbincang dengan bekas isterinya secara baik namun ditolak keras oleh wanita berkenaan.
Kelihatan juga kawan-kawan bekas suaminya datang untuk meredakan keadaan tetapi wanita berkenaan mengeluarkan kata-kata yang mencetuskan pergaduhan antara mereka.
Lelaki berbaju merah tadi keluar kembali dari rumah cuba untuk meredakan keadaan sekali lagi namun telah ditampar oleh salah seorang kawan bekas suami wanita tersebut.
Pergelutan yang serius berlaku antara mereka dan salah seorang kawan bekas suami wanita tersebut mengugut untuk memukul wanita berkenaan diluar.
Keadaan kembali tenang setelah polis mengarahkan bekas suami wanita itu bersama kawan-kawannya beredar dari situ. Sumber: Nur Sue Editor: Nsuhaili
0 comments:
Post a Comment