Rawang - Seorang remaja perempuan telah diperkosa oleh abang kandungnya sendiri ketika ahli keluarga yang lain sedang nyenyak tidur.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah rumah di Kampung Orang Asli Ulu Kuang, Rawang sekitar pukul 2 pagi pada kelmarin.
Abang mangsa yang berusia lingkungan 20-an dikatakan melakukan perbuatan terkutuk tersebut ketika kesemua ahli keluarga yang lain sedang tidur nyenyak di kediaman mereka.
Menurut sumber polis memberitahu ketika kejadian, mangsa yang berusia 16 tahun dan dikatakan telah berhenti sekolah terjaga daripada tidur sekitar jam 2 pagi selepas menyedari kehadiran abangnya itu.
Walau bagaimanapun suspek kemudiannya telah berpura-pura sedang mencari baju serta beberapa peralatan pertukangan yang di dakwanya telah hilang selepas kehadirannya disedri oleh mangsa.
Namun suspek yang dikatakan berada dalam pengaruh alkohol dan sedang mabuk kemudiannya telah bertindak melompat ke atas katil mangsa serta menyerang mangsa yang baru sahaja tersedar dari tidur.
Mangsa bagaimanapun telah berusaha meronta-ronta bagi melepaskan diri namun tidak berjaya dan telah diperkosa oleh suspek.
Selepas merogol mangsa, suspek telah bertindak mengungut akan mencederakan mangsa sekiranya kejadian tersebut didedahkan kepada sesiapa.
Bimbang sekiranya kejadian tersebut berulang kembali menyebabkan mangsa telah mengadukan perkara tersebut kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan di Balai polis Sungai Buloh. Sumber: Harian Metro, Editor: Shahniza
0 comments:
Post a Comment