loading...

Video: Ditipu Syarikat Kereta Sambung Bayar

Lebih 23 orang pemilik kereta yang menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan yang menjalankan kegiatan kereta sambung bayar berkumpul di premis simpanan kereta Jalan Sungai Sekamat, Kajang bagi menuntut semula kereta mereka.

Yusuf Azmi merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membawa semua 23 mangsa ke sebuah pusat penyimpanan kenderaan pada 11 pagi.

ketika ditemui, pihaknya telah mendapatkan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta terbabit bersama pemiliknya ke lokasi yang telah dipastikan atau balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutkan.

Usaha untuk tunda kenderaan berkenaan mula jadi masalah apabila pekerja syarikat pajakan itu mula mengugut syarikat trak tunda yang datang membantu.

Yusuf Azmi terpaksa menggunakan perkhidmatan trak tunda di luar kawasan dan berjaya mengeluarkan sebuah Proton Exora mangsa sementara kira-kira 10 trak tunda lain dalam perjalanan ke lokasi untuk menarik baki 22 lagi kenderaan," katanya.

Sebelum ini Harian Metro pernah melaporkan bahawa PPIM menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan didalangi lelaki bergelar Datuk Seri.

Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, modus operandi digunakan oleh syarikat pajakan kenderaan ini ialah sambung bayar menerusi satu perjanjian yang sebenarnya tidak membawa nilai kepada pemilik kenderaan. - Harian Metro
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close