Gorila-gorila itu, di kenali sebagai Kiondo, Kivu, 15 tahun serta N’Dowe, 14 tahun berjaya melepaskan diri dari kandang mereka di Zoo Paignton, England
Menurut laporan Sinar Harian, para kakitangan zoo terpaksa mematikan air dan elektrik bagi menghalang haiwan tersebut dari mencederakan diri sendiri.
Cubaan menembak mereka dengan ubat penenang gagal kerana tidak mendapat sudut yang tepat menyebabkan ketiga-tiga gorila tersebut menikmati kebebasan mereka semalaman.
Jurucakap zoo menegaskan bahawa kawasan yang ditutup hanyalah pusat beruk di zoo tersebut dan tidak mungkin gorila itu akan terlepas ke kawasan awam lain.
“Tiada pelawat dan kakitangan yang berisiko diserang, selepas berbincang, pihak zoo memutuskan untuk membuka seluruh kawasan kecuali pusat beruk tersebut.
“Pakar telah cuba untuk memberikan ubat penenang buat ketiga-tiga gorila dalam usaha membuatkan ketiga-tiga haiwan itu pengsan namun gagal menyebabkan tiada staf dibenarkan masuk ke kawasan tersebut.
“Mujurlah keesokan harinya (Sabtu) pakar berjaya memberikan ubat penenang kepada dua gorila manakala seekor lagi diumpan ke tempat lain melalui makanan memudahkan staf menyelesaikan masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Pusat Beruk ditutup sepanjang minggi untuk penyelengaraan dan kerja-kerja membaikpulih dipercayai menelan belanja sebanyak puluhan ribu. - Sinar Harian
Video Ketika Kiondo, Kivu, dan N’Dowe di dalam kandang.
0 comments:
Post a Comment