Gadis yang dikenali sebagai Henriette Karra, 17 tahun, ditemui mati di rumah keluarganya di Ramle, Israel, dengan beberapa kesan tikaman di lehernya.
Ayah mangsa, Sami, 58 tahun, ibunya Aliham dan bapa saudaranya ditahan polis kerana merancang pembunuhan itu, seminggu selepas pertelingkahan mengenai hubungan terlarang itu bermula.
Sebelum kejadian kejam ini berlaku, Henriette Karra pernah melarikan diri dari rumahnya kerana dipukul bapanya selepas hubungan cinta mereka diketahui keluarga.
Dalam pesanan teks kepada rakan-rakannya, Henriette memberitahu keluarganya mahu membunuhnya, antaranya:
“Kamu tak akan percaya apa mereka buat kepada saya.. Mereka hantar orang untuk bunuh saya.”
Kerana terdesak Henriette telah tinggal di rumah ibu teman lelakinya namun diketahui keluarganya yang kemudian memaksanya pulang sebelum dia ditemui mati.
Menurut pihak polis Ayah mangsa, Sami, ibunya Aliham dan bapa saudaranya itu dalam pemerhatian polis kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah sebelum ini
Kesemua suspek mengaku tidak bersalah di mahkamah kerana membunuh Henriette Karra dan memohon dibicarakan. – Agensi
0 comments:
Post a Comment