IPOH – Tular di media sosial semalam apabila penguna media sosial menggunakan nama dr_aminabdullah menunjukkan borang tempahan pendaftaran kenderaan secara tawaran AKU 8055 dengan harga bidaan sebanyak RM1 juta.
Bagaimanapun pihak media masih belum menerima kesahihan bidaan tersebut dari mana-mana pihak termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memandangkan tempoh bidaan masih berlangsung.
Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut sehingga mesyuarat tender diadakan.
Menurutnya, borang tender hanya akan dibuka selepas tarikh tutup borang tersebut berakhir pada 18 Julai ini.
Pada 3 Julai lalu, nombor pendaftaran kenderaan AKU telah dibuka dan AKU 8055 yang menyamai sebutannya dengan AKU BOSS dijangka akan mendapat bidaan tertinggi.
Selain AKU 8055, nombor pendaftaran yang hampir sama dengan sebutan AKU BOSS seperti AKU 805 dan AKU 1305 dijangka akan mendapat permintaan tertinggi sepanjang tempoh dua minggu bidaan dibuka.
Setakat ini selebriti tanah air, bintang sukan serta pengasas kosmetik terkemuka antara individu yang membuat bidaan untuk nombor plat tersebut.- Sinar Harian
loading...
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
loading...
0 comments:
Post a Comment