loading...

3 Gambar: Punca Kematian Polis Dan Teman Wanita Di Sebuah Bilik.

Polis Kuala Lumpur mengesahkan anggota polis Bukit Aman yang ditemui mati bersama seorang wanita Vietnam di sebuah bilik di Taman Bukit Ria, dekat Cheras di sini, semalam, sebagai bunuh diri.

Menurut laporan Berita Harian, wanita Vietnam berkenaan dipercayai kekasihnya.

Menurut Datuk Amar Singh Ishar Singh yang merupakan Ketua Polis Kuala Lumpur, berkata pengesahan itu dibuat hasil laporan bedah siasat yang dijalankan oleh pasukan forensik ke atas kedua-dua mayat berkenaan.

Katanya, punca kematian adalah disebabkan kecederaan akibat tembakan di kepala.

“Berdasarkan keputusan hasil bedah siasat pasukan forensik".

"Kita boleh mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa mati kerana membunuh diri".

“Ia juga disokong dengan hasil ujian GSR yang dijalankan apabila menemui kesan sisa tembakan pada tangan kedua-dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan lagi bahawa pasangn itu mati bunuh diri.

Dalam bilik itu wanita berusia 19 tahun dengan kesan tembakan pada bahagian kanan kepalanya sambil memegang sepucuk pistol.

menurut sumber, abang mangsa dikatakan menghubungi rakan sekerja anggota berkenaan dan meminta bantuannya untuk pergi memeriksa kediaman mangsa selepas bimbang apabila dia gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, mangsa dipercayai membunuh dirinya terlebih dulu sebelum wanita itu mengambil pistol berkenaan lalu menembak di kepalanya. - Berita Harian


Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close