Ampang Jaya – Seorang wanita menukar barangan kemas palsu bagi menggantikan rantai dan gelang emas sebelum melarikan dalam kejadian di sebuah kedai emas di Jalan Selaman 1/1 Dataran Palma, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 2.30 petang, wanita berkenaan dikatakan mengunjungi kedai emas terbabit sebelum menghampiri seorang pekerja untuk melihat barangan kemas dengan lebih dekat.
Menurut pekerja kedai emas itu yang mahu dikenali Erin, 25, berkata, wanita itu memintanya mengambil rantai dan gelang emas dari ruang pameran dengan alasan mahu melihat dengan lebih dekat barangan kemas itu.
“Dia mengarahkan saya membuat pengiraan harga barang kemas itu. Namun pada masa sama, wanita itu meletakkan semula rantai dan gelang emas berkenaan dengan alasan mahu mengambil kad kredit yang tertinggal di dalam kereta.
“Saya seolah-olah dipukau apabila menurut apa yang diarahkannya sehingga tidak menyedari dia meletakkan barangan kemas palsu bagi menggantikan rantai dan gelang emas berkenaan,” katanya.
Erin berkata, dia hanya menyedari barangan kemas itu palsu apabila tag pada rantai dan gelang emas tertanggal selepas 10 minit wanita terbabit berada di dalam premis berkenaan. – Harian Metro
0 comments:
Post a Comment