loading...

Suspek Kes Rogol Berjaya Ditahan



Kota Bharu – Dua lelaki termasuk suspek kes rogol ditahan polis selepas berlaku pergelutan dalam kejadian di Kampung Tepi Sungai, dekat Tanah Merah, di sini, semalam.

Suspek kes rogol berusia 27 tahun yang juga pemandu kereta jenis Proton Iswara dan penumpang, 34, ditahan pada jam 5 petang oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, sebelum ditahan, dua lelaki itu cuba melarikan diri apabila polis cuba menahan dan mereka bertindak melanggar dua kereta Proton Waja yang dinaiki anggota polis terbabit.

“Anggota polis terbabit kemudian keluar untuk menyerbu kenderaan suspek dan dalam usaha itu, mereka bertindak agresif. Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar hadapan kereta suspek sebelum menahan mereka,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, polis merampas lima biji pil eramin 5, dua biji pil kuda dan satu tiub mengandungi dadah jenis heroin.

“Polis turut merampas sebilah pisau, sebilah parang dan sebilah pedang yang ditemui di dalam kenderaan mereka.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 (ABKLSB), Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – Harian Metro
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close