loading...

Suami Didakwa Cuba Menbunuh Isterinya

Batu Pahat – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap tuduhan cuba membunuh isterinya dengan menjerut leher wanita itu di tempat letak kereta sebuah pasar raya, 28 November lalu.

Izaki Mohamed Taib, 37, mengaku tidak bersalah sebaik tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Amran Jantan.

Mengikut kertas pertuduhan, Izaki didakwa menjerut leher Nursuhana Misni, 22, menggunakan tali nilon bagi membunuhnya dalam kereta di tempat parkir sebuah pasar raya, di sini, antara jam 7.35 hingga 7.45 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh sebelum mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mustaqim Sukarno. –

Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close