loading...

Saya Hilang Anak Dan Ibu Bapa Saya Sekelip Mata.

Chukai – “Saya hilang anak dan ibu bapa sekelip mata,” sayu kata-kata Busyarah Ahmad Razis, 35, selepas ibu bapa, anak perempuan serta tiga lagi ahli keluarganya maut dalam kemalangan di Kilometer 288.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat sini, petang semalam.

Nahas kira-kira jam 5.30 petang semalam itu meragut nyawa ibu bapa Busyarah, Ahmad Razis Abdul Rahman, 63, dan Pauziah Awang, 56, serta anaknya Sofea Adriana Shahruddin, 7.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah ibu saudara Busyarah, Mahani Ngah, 42, dan dua anak Mahani, Quratulnisa Ahmad Nasal, 11, dan Ahmad Nijat, 9.

Kemalangan turut menyebabkan empat lagi parah iaitu pemandu kenderaan serba guna (MPV) Hyundai Starex yang juga suami Mahani, Ahmad Nasal Abd Rahman, 52, dan tiga anak mereka iaitu Quratul Ain, 14; Ahmad Shakir, 12; dan Ahmad Mukriz, 3.

Busyarah yang tinggal di Shah Alam, Selangor berkata, beliau mengadakan kenduri akikah dan doa selamat di rumah mentuanya di FELDA Jengka 10, Pahang, semalam.

“Saya ajak kedua ibu bapa bersama ke Jengka dan kami tiba jam 8 malam semalam (kelmarin). Secara kebetulan bapa saudara, Ahmad Nasal sekeluarga bercuti di Bukit Fraser, Pahang dan ayah menjemputnya sekali ke majlis itu. Mereka menginap di sebuah inap desa di Jengka,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Kemaman, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, bapanya teringin bercuti di Kuala Terengganu dan dalam masa sama kedua ibu bapanya teringin menziarah adiknya yang belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Saya dan suami tidak ikut dan membenarkan Sofea Adriana yang teringin mengikuti datuk dan neneknya ke Kuala Terengganu dan mereka bertolak kira-kira jam 3 petang selepas majlis kenduri itu.

“Sofea Adriana tidak menunjukkan sebarang perilaku pelik dan dia sempat bersalam dan mencium saya sebelum bertolak,” katanya.

Busyarah berkata, kedua ibu bapa dan anaknya menaiki kereta bersama Ahmad Nasal sekeluarga dan beliau terkejut apabila menerima panggilan memaklumkan keluarganya terbabit kemalangan.

“Saya dan suami bergegas ke tempat kejadian dan dalam perjalanan saya dimaklumkan kedua ibu bapa meninggal, sebelum sekali lagi menerima berita sedih Sofea Adriana turut meninggal,” katanya.

Beliau berkata, jenazah kedua ibu bapa dan anaknya dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam pagi ini. – BH Online
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close