loading...

Mahkamah Jerman Arah Pelajar Perempuan Islam Sertai Kelas Renang

BERLIN: Mahkamah tertinggi Jerman menolak rayuan bagi mengecualikan seorang pelajar Islam daripada menghadiri kelas renang bercampur di sekolahnya dengan alasan burkini melanggar etika berpakaian Islam.

Mahkamah Perlembagaan di Karlsruhe menolak rayuan difailkan ibu bapa seorang pelajar perempuan Islam berusia 11 tahun kerana burkini tidak mematuhi etika berpakaian Islam.

Isu yang hangat dibincangkan di Jerman ketika ini ialah peranan Islam dalam masyarakat memandangkan kerajaannya cuba mengintegrasikan lebih sejuta pelarian, kebanyakannya Islam, yang memasuki negara itu sejak tahun lalu.

Canselor Jerman, Angela Merkel yang parti konservatifnya dihukum pengundi berang dengan dasar pintu terbukanya, mencadangkan larangan memakai purdah, pada Selasa lalu.

Parti pimpinannya, Christian Democratic Union yang semakin kehilangan sokongan rakyat kepada parti populis AfD yang mengatakan Islam tidak sesuai dengan perlembagaan, mengukuhkan pendirian berhubung integrasi pendatang asing pada sebuah persidangan parti itu minggu ini.

Keputusan mahkamah tertinggi pada Rabu itu akan memberi lebih banyak kredibiliti kepada usaha kerajaan mengharamkan pemakaian purdah selepas pilihan raya Parlimen yang dijadualkan berlangsung tahun depan.

Pelajar perempuan berusia 11 tahun itu berkata, burkini akan mendedahkan bentuk badannya dan ia bertentangan dengan syariat Islam.


Mahkamah Perlembagaan menyatakan mahkamah rendah mendapati kenyataan itu tidak benar dan “tiada peraturan sedemikian dalam Islam” untuk menentukan pakaian sesuai.- Free Malaysia Today
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close