loading...

HATI-HATI JANGAN SAMPAI JD MACAM NI: Ibu Tunggal Rugi RM22,000 Kerana Percaya Dengan Lelaki Dalam Aplikasi Dating.

Kuala Lumpur – Seorang ibu tunggal terpaksa berputih mata apabila wang berjumlah RN22,000 lesap selepas ditipu oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi dating dalam talian.

Mangsa berusia 40 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, dia pertama kali bertemu dengan lelaki yang dikenali sebagai David Wales, melalui apliskasi “Mingle2” pada 18 Oktober lalu.

Menurut wanita berkenaan, Welsh memberitahunya bahawa dia adalah seorang ejen hartanah dari Manchester, England.

Setelah sekian lama berbual menerusi dalam talian, kedua-dua mereka menjadi semakin intim dan Welsh juga berjanji untuk mengahwininya pada tahun depan.

Wong berkata kira-kira sebulan kemudian, Welsh memberitahu bahawa dia mempunyai projek di Thailand dan mendakwa akan berada di Phuket selama tiga minggu.

Kata Wong, Welsh kemudian mendakwa dia telah dirompak di apartmennya di Phuket dan dimasukkan ke hospital.

“Dia juga mengirimkan gambarnya yang cedera dan di atas katil hospital. Dia meminta pinjaman sebanyak AS$2,500 (RM11,096) untuk menjelaskan bil hospital tetapi rakan meyakinkan saya supaya tidak memberi wang berkenaan,” kata Wong ketika sidang media yang disertai oleh Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong.

Wong berkata, beliau kemudian dihubungi seorang lelaki lain dikenali sebagai Kim Chonlada yang mendakwa telah menyelesaikan bil hospital Welsh dan menuntut bayaran sebanyak AS$5,100 (RM22,636) atau dia akan mendedahkan gambar bogelnya di media sosial.

Kerana takut, Wong memindahkan wang berkenaan ke akaun di Thailand.

Kira-kira seminggu kemudian, Chonlada sekali lagi menghubungi Wong dan mendakwa bahawa anaknya telah disahkan menghidap kanser dan dia memerlukan US$120,000 (RM532,000) untuk yuran perubatan.

Penipuan berkenaan tidak berhenti di situ kerana Wong kemudian menerima e-mel daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai David Kurtis yang mendakwa sebagai ejen khas dari FBI dan Interpol Asia Tenggara.

Kurtis mendakwa bahawa dia akan menahan Welsh dan Chonlada jika Wong membayar RM10,000 untuk kos penerbangan dan perbelanjaannya. – mStar
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close