November lalu, Ryan Jessen, menyangka dirinya mengalami migrain biasa namun dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan dalam otak dan tiada tanda akan pulih semula.
Kesemua ahli keluarganya datang ke hospital untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Ryan pada 30 November lalu. Malah, kakitangan hospital juga bersetuju untuk membenarkan ahli keluarganya membawa anjing kesayangan Ryan untuk tujuan itu.
Video saat ketika Mollie sayu melihat tuannya itu dimuat naik ke laman Facebook, telah menyentuh hati ribuan penontonnya.
"Syukur pihak hospital memberkan kami membawa Mollie datang berjumpa dengan tuannya buat kali terakhir dan agar dia tahu mengapa Ryan tidak pernah pulang ke rumah," kata adiknya, Michelle Jessen di Facebooknya pada 1 Disember.
Dengan keadaan ekor Mollie di bawah celah kakinya dan telinganya ke bawah serta wajahnya yang sedih melihat Ryan, cuba mencium lelaki itu apabila dia diangkat ke atas katil.
"Usah bimbang mengenai Mollie, kami tetap akan menjaganya. Dia adalah sebahagian dari keluarga kami," kata Michelle.
Menurut Michelle, doktor memaklumkan bahawa pendarahan otak pada abangnya itu disebabkan tekanan darah tinggi dan tidak menolak kemungkinan kekerapan Ryan mengambil minuman bertenaga menyumbang kepada kejadian itu.
0 comments:
Post a Comment