loading...

Salji Ubah Gurun Di Arab Saudi Jadi Putih

TABUK – Warna putih dan coklat bergabung menjadi satu ketika salji menutupi kawasan gurun di rantau tengah dan barat laut di Arab Saudi selepas suhu turun sehingga bawah paras beku.

Di Shakra dan Tabuk, lapisan salji nipis menutupi tanah. Di Tabarjal, bandar terletak di rantau utara Al-Jawf. 

Suhu mencecah tiga darjah Celsius bawah paras beku dan di Al-Quryat, di wilayah utara, suhu mencatat satu darjah Celsius bawah takat beku.

Ketika pertengahan Oktober biasanya menandakan kemuncak musim hujan jangka pendek di Arab Saudi.

Seorang pensyarah sains kaji cuaca di Universiti Qassim, Prof Abdallah Al-Musanad, memberitahu laman web berita Alarabiya.net, hujan lebat dijangka berlaku hujung minggu ini di bahagian barat, timur dan tengah Arab Saudi.

“Ini adalah musim hujan kedua walaupun tempoh 40 hari sudah berlalu sejak berakhirnya musim hujan,” kata Prof Al-Musanad. – Agensi
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close