loading...

Remaja Lelaki Ditangkap Rogol Gadis 16 Tahun Di Rumahnya.

Seorang remaja lelaki telah di tahan oleh pihak polis atas kesalahan membawa lari serta merogol remaja di bawah umur.
Gambar Hiasan
Khamis- Seorang remaja lelaki telah di tahan oleh pihak polis atas kesalahan membawa lari serta merogol remaja di bawah umur. Tertuduh telah didapati melanggar artikel 332 kanun jenayah dan artikel 81 No.35 Tahun 2014 mengikut Akta Perlindungan Kanak-kanak di Indonesia.

Tertuduh Aggi Dwi Saputra berusia 19 tahun dan beralamat di Kampung Duren Sawit No. 77 Rt.2/4 Kel. Tajur Kec. Ciludek Kotamadya Tangerang telah membawa lari mangsa Abigail Ramadhany berusia 16 tahun yang merupakan seorang pelajar di SMK Bina Insani Dangdang Desa Dangdang Kec. Cisauk Kab. Tangerang.

Mangsa dikatakan telah dijemput oleh tertuduh sewaktu balik dari sekolah dan terus membawa mangsa ke rumahnya. Ibu serta bapa mangsa yang risaukan keadaan mangsa yang telah 5 hari tidak balik ke rumah kemudiannya cuba untuk menjejaki kedudukan mangsa.

Mengikut daripada maklumat yang di berikan oleh Tuti, mangsa berada di rumah tertuduh. Ibu dan bapa mangsa bergegas ke rumah tertuduh untuk mencari mangsa yang kemudiannya menjumpai anaknya itu bersama tertuduh dirumahnya.

Ibu dan bapa mangsa telah memaksa anaknya itu untuk balik ke rumah kerana telah 5 hari mangsa tidak balik ke rumah. Kedua orang tuanya telah membawa pulang mangsa dan terus pergi melaporkan kejadian di Balai Polis Cisauk.

Kedua orang tua mangsa telah meminta agar ujian Visum dilakukan ke atas mangsa dan hasil daripada Visum tersebut telah mendapati bahawa selaput dara mangsa telah pun koyak.

Hasil daripada siasatan polis, mengikut keterangan yang diberikan oleh tertuduh, dia telah mengaku kesalahannya itu serta tertuduh juga memberitahu bahwa dia telah melakukan hubungan kelamin sebanyak 7 kali bersama mangsa di rumahnya sendiri.

Mangsa juga telah mengaku bahawa dia telah melakukan hubungan kelamin bersama tertuduh.

Berdasarkan bukti-bukti serta saksi yang cukup, tertuduh telah ditahan reman di balai Polis Cisauk untuk tindakkan selanjutnya. 
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close