loading...

#PANAS Pasangan Tak Tahu Malu

Tanpa rasa malu, pasangan ini melakukan seks di tingkap meskipun mereka menyedari perbuatan berkenaan telah dirakamkan dan disaksikan oleh orang ramai ketika mereka menginap Motel One di London.

Pasangan itu dalam keadaan bogel ketika itu dan perbuatan mereka turut disaksikan oleh pekerja sebuah syarikat yang terletak di bangunan bertentangan.

Aksi memalukan itu mengambil masa selama 20 minit sebelum pasangan terbabit beredar dari situ.

Dalam pada itu, jurucakap hotel berkenaan memberitahu perkara itu tidak akan disiasat memandangkan mereka berada di dalam bilik sendiri.

“Apa yang kami perlu kata. Ia adalah bilik hotel. Kami tidak boleh memberikan komen terhadap tingkah laku tetamu,’’ katanya.

Sementara seorang pekerja di hotel tersebut memberitahu perbuatan memalukan itu bukan sesuatu yang mereka saksikan di hotel berkenaan setiap hari dan mereka sendiri tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan.

“Ia dirakamkan minggu lepas dan sejak Isnin lalu, ia tersebar menerusi Whatsapp kepada semua pekerja hotel ini,’’ katanya yang menyifatkan pasangan itu sengaja berbuat demikian kerana mereka tahu kelibat mereka diperhatikan.
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close