loading...

Nabi Palsu Afrika Sembur Muka Pengikut Guna Racun Serangga

Satu upacara pengubatan pesakit yang cukup aneh dan berbahaya dengan menyembur racun serangga aerosol dilakukan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘nabi’ di daerah Limpopo, Afrika Selatan.

Lelaki tersebut, Lethebo Rabalago, 24, yang bijak berpidato mendakwa semburan racun serangga berjenama ‘Doom’ itu akan menyembuhkan penyakit yang dihidapi pengikutnya.

“Orang yang datang dengan kecederaan dan selepas mereka disembur dengan racun serangga Doom, mereka sembuh,” katanya.

Ritual agama dan pengubatan itu berlangsung hujung minggu lalu di Perhimpunan Agung Mount Zion dilakukan ke atas sukarelawan gereja yang merupakan pengikutnya turut didakwa akan membawa kemuliaan Tuhan.

Gambar-gambar ritual tersebut kini tersebar di media sosial dan mengundang kecaman netizens kerana ia boleh membahayakan kesihatan individu yang terkena semburan bahan kimia tersebut.

Netizen juga menyelar ‘kebodohan’ pengikut nabi palsu itu yang gagal membezakan baik buruk tindakan tersebut.

Sementara itu, syarikat pembuat racun serangga Doom dalam kenyataannya menggesa Rabalago menghentikan ritual tersebut.

“Kami mendapati tindakan itu membimbangkan, sangat jelas tidak selamat menyembur sebarang produk Doom atau mana-mana racun serangga pada muka manusia

“Produk Doom dibuat untuk membunuh serangga tertentu seperti dijelaskan pada pembungkusan tin.

“Menggunakan produk ini untuk tujuan lain boleh menimbulkan risiko kesihatan dan berbahaya,” jelas kenyataan pengeluar racun serangga itu. – SuaraTV
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close