loading...

Video Wanita Pengsan Selepas Dilamar Kekasihnya.

Video Wanita Pengsan Selepas Dilamar Kekasihnya.


Seorang wanita, pengsan sebaik teman lelakinya melamarnya dan menyerahkan cincin pertunangan. Video menunjukkan kejadian itu menjadi viral apabila ia dimuat naik ke laman sosial.

Video berkenaan menunjukkan Reyna Renteria berpakaian putih dan jaket hitam berjalan ke arah teman lelakinya, German Benitez di satu acara yang lengkap dengan permainan muzik di Mexico City.

Benitez berdiri di hadapan Reyna sambil memegang kotak kecil dan menyerahkan kepadanya.
Tetapi, sebaik mengambilnya, Reyna pengsan. Reyna yang rebah tiba-tiba cuba disambut Benitez, tetapi gagal. Selepas kejadian itu, Reyna digelar ‘Wanita Bertunang’ oleh pengguna laman sosial.


Kejadian itu juga menarik perhatian beberapa syarikat dan pengeluar barangan berjenama yang menawarkan pasangan itu kelengkapan untuk perkahwinan jika Benitez dan Reyna bersetuju menggunakan barangan keluaran mereka.-The Kuala Lumpur Post
Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close