loading...

Kejam!!! Ibu Kerat Mayat Anak Perempuannya Sendiri



HONG KONG - Seorang wanita berusia 37 ditahan pihak polis kerana menjadi suspek utama pembunuhan anak perempuannya sendiri yang berusia 12 tahun dimana mayat anaknya dikerat-kerat yang dtemui di flat Mong Kok pada Ahad malam.

Dalam kejadian jam 9 malam, seorang jiran mengadu bahawa suspek yang berusia 37 tahun itu tidak menjawab panggilan telefon sebelum pasukan polis tiba di kediaman  flat di Canton Road, lapor South China Morning Post.

Difahamkan, sebaik pihak polis tiba di tempat kejadian, suspek ditemui berdiri di luar unit kediamannya.

Bagaimanapun, pihak polis terpaksa memecah masuk kediaman berkeluasan 60 kaki persegi itu memandangkan dia enggan meemberi kerjasama.

Sebaik memasuki rumah berkenaan, pihak polis menjumpai cebisan-cebisan mayat yang telah dikerat-kerat di bilik air, dipercayai anak wanita tersebut.

"Kepala, organ dan tubuh mangsa telah dipotong-potong. Air dan darah membanjiri ruang tersebut hingga mengalir ke unit kediaman jiran lain, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Mong Kok, Chung Chi-Ming.

Wanita tersebut tiada rekod masalah mental atau keganasan domestik sebelum ini.

Dimaklumkan, dia juga merupakan penduduk yang lama tinggal di bandar raya itu, dan polis sedang cuba mengesan bapa kepada mangsa tersebut.

Namun apabila ditanya sama ada wanita itu kelihatan dalam keadaan terpinga-pinga atau melawan ketika ditahan, Chung cuma berkata, suspek dikatakan tidak memberi kerjasama kepada anggota polis ketika itu.

Katanya, "kami terpaksa menunggu sehingga dia boleh memberi respons sebelum memulakan siasatan."

Sementara itu, seorang jiran yang tinggal berdekatan lokasi kejadian berkata, dia mendengar bunyi seperti 'sesuatu sedang dipotong-potong' selama setengah jam sekitar jam 3 pagi dan dia juga terhidu bahan antiseptik yang kuat pada Ahad.

Dia yang dikenali dengan nama Tsui, memberitahu bahawa dia pernah beberapa kali menyapa suspek tetapi tidak pernah melihat anak perempuannya itu.

Pihak polis sedang mencari peralatan yang digunakan suspek dalam kes tersebut. Pasukan patologi forensik juga sudah mula menjalankan tugas mereka di lokasi kejadian pada Isnin pagi, kata Chung. Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha.


Share on Google Plus

About Merecikhawauu

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

loading...
LIKE, SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close